Selasa, Oktober 12

RANGSANGAN RASA

Nikmati hidangan ini di hujung minggu apabila anda berkesempatan membuatnya dengan air tangan sendiri. Rasa yang tidak perlu digambar dengan kata-kata walaupun sedikit rasa masam yang menerjah pada deria rasa anda. Kerabu Mangga,
itulah nama kepada hidangan di sebelah ini yang boleh membuatkan saya meneguk air liur beberapa kali. Mungkin hidangan ini tidak begitu sinonim dengan masyarakat kota namun apabila dicuba dengan keadaan yang sedikit sempurna dengan rasa masam, masin, pedas dan dengan adunan yang dicampululi menjadikan kerabu mangga sentiasa difikiran untuk pilihan  menu tengahari. Rasa masam mangga bagi penggemar terutamanya dapat menggetarkan jiwa meraka yang menginginkan sesuatu kelainan yang ditambah dengan rasa ikan, lemak santan, bawang-bawang, selain kacang yang boleh ditambah sebagai penyedap hidangan dapat menimbulkan keghairahan yang lebih tinggi. Sudah lama saya tidak merasai kerabu mangga ini. Paling terbaru semasa pulang berhari raya tempoh hari pada akhir ramadhan. Dibuat dengan air tangan sendiri walaupun masih tidak pakar namun semuanya memuji hidangan itu. Masing-masing mencuba dan kemudiannya menambah masakan saya. Terima kasih kepada bondaku yang sudi melayan kerenah anakmu ini yang tidak pandai membuat kerabu mangga walaupun ianya antara menu yang mudah.:)

Jumaat, Oktober 8

SEJENAK DI DBP

Pengalaman ke DBP bersama rakan-rakan yang lain sangat bermakna. Diketuai oleh penyarah kami iaitu Che Abdullah Bin Che Ya, menjadikan pengalaman itu bertambah bermakna. Lawatan kami ke sana bertujuan untuk memeri sokongan kepada salah seorang rakan seperjuang iaitu Wan Mohd Syazwan Bin Wan Ngah yang merupakan peserta  separuh akhir program Teori  Kritikan Sastera.

Selasa, Oktober 5

SELAYU TULIP PUTIH

Selayu bunga ini, mataku turut mengikut ilusi yang dipamerkan. Semalaman bersengkam mata menyiapkan tugasan tidak membenarkan indera penglihatan ini membundarkan bentuknya.

Isnin, Oktober 4

RAMLI AWANG MURSHID

Sangat gemar bila terdengar nama ini. Teringat pula kepada novel-novel yang dihasilkannya. Sangat menarik perhatian dengan jalan cerita melalui novel  yang dikarang.

Ahad, September 26

TENTANG MAWAR

Mawar...
Sejenis bunga mekar
sentiasa mengutum senyum
pada sesiapa yang merenung
bukaan kelopak yang segar
menghidangkan sejuta aroma 
bagi penggemar sejati


SALAM AKHIR SYAWAL

Sudah lebih 17 hari kita menyambut syawal dan sekarang kita masih dalam 'mood' syawal. Masih ramai yang mengadakan rumah terbuka, dalam erti kata lain majlis sambutan Hari Raya yang biasanya diadakan dirumah. Seperti biasa hujung minggu menjadi pilihan untuk mengadakan majlis ini supaya masing-masing dapat meluangkan masa untuk bersama-sama bertemu mata.

Khamis, September 23

SENYUM

Senyumlah wahai teman-teman. :)


Assalamualaikum. Setelah 10 hari tidak 'mengupdate' blog ni, semakin luntur mahu berkongsi apa sahaja. Hehe walaupun masih dalam mood raya namun raya pada kali ini dirasakan tidak begitu semeriah dahulu. Maklum lah usia semakin meningkat dan fizikal pun semakin matang walaupun kadang-kadang perangau keanak-anakan itu selalu menerpa masuk. Masuk sahaja bulan Syawal, sudah terasa bahan kesibukan yang sedang melanda walaupun sebelum ini sememangnya sentiasa sibuk dengan urusan lain namun kali ini fokus utama adalah kepada 'assigment' atau kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah. Huhu itulah tugas yang perlu dipikul oleh setiap mahasiswa yang mahu maju ke hadapan. Ermmm setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda. Wassalam.

Jumaat, September 17

SALAM 1 MALAYSIA


Salam 1 Malaysia kepada semua. Semalam adalah Hari Malaysia bagi negara ini setelah 53 tahun merdeka. Buat julung kalinya diumumkan bahawa 16 September sebagai cuti umum. Pastinya kalian seronok bukan. Saya turut merasai keseronokan itu :)

Rabu, September 8

MALAM YANG DAMAI

Saya baru sahaja bertolak dari Klang menuju ke Kelantan. Sudah dua hari berada di teratak milik kakak dan pada malam ni sudah tiba masanya untuk kami bertolak pulang. Kami yang seramai empat orang iaitu kakak, abang ipar dan juga adik disertai dengan anak kecil yang berumur setahun lima bulan mula menuju ke highway dengan menaiki kereta begitu teruja untuk pulang ke kampung halaman. Hati sudah kepingan mahu berjumpa dengan ahli keluarga yang lain. Danial Arman Syah yang masih kecil itu sentiasa mengukir senyuman tatkala diagah dan dibawa bergurau. Perjalanan yang akan mengambil masa selama 9jam ini mungkin akan memenatkan kami namun begitu kepenatan mungkin tidak terlalu diambil peduli kerana suasana balik kampung sangat meriah di jalanan. Saya mula merasa mengantuk. Setakat ini dahulu coretan saya untuk hari ini. Esok kembali lagi. Doakan semoga perjalanan saya dan keluarga ini selamat sampai dan selamat kembali. InsyaAllah. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf  Zahir Batin.

Isnin, September 6

SELAMAT PAGI CINTA

Selamat pagi semua. Alhamdulillah pada pagi ini dapat juga saya mengupdate blog ini. Mudah-mudahan segala urusan akan berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun terdapat beberapa halangan. Pagi ini saya mula mengemas barang-barang keperluan untuk dibawa pulang bersama ke kampung halaman. Wah terlalu riang di hati ini tatkala mahu menjenguk keluarga tersayang. Menempuh perjalanan yang begitu jauh bersama beratu-ratus warga yang lain, menimbulkan suatu suasana yang amat jarang sekali berlaku kalau tidak di musim perayaan. Maklum saja lah aidilfitri hanya setahun sekali. :)
Di kesempatan ini sayan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan, sahabat handai, guru-guru yang banyak berjasa, dan tidak lupa juga kepada semua pensyarah saya yang banyak memberi tunjuk ajar selama saya berada di kampus Bangi ini. 
 
Makan ketupat bersama Tiara
  Ketupat dimakan penuh nikmat
Andai kata tersalah bicara
Mohon maaf minta selamat

Ahad, September 5

HOMESICK

Tak sabar nak balik kampung. Semua kawan-kawan dah balik. Tinggal saya aje di sini bagi menghabiskan kuliah yang terakhir dalam bulan ramadhan sebelum syawal pula menjelma. Nak jumpa dengan keluarga tersayang terutamanya emak yang dikasihi. Kerinduan datang menerpa di kala waktu sunyi. Teringat gurau senda bersama anak buah tersayang.
suka main 'teddy bear'
Sangat comot

Sabtu, September 4

SALAM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang saya ucapkan kepada yang sudi singgah dan menjengah blog saya walaupun hanya seketika. Blog ini dicipta untuk memenuhi tugasan saya sebagai sebagai salah seorang pelajar Program Persuratan Melayu Tahun 2, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di UKM Bangi. Dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat terutamannya kepada pensyarah program saya iaitu Dr. Mawar Bt Shafei.