Nikmati hidangan ini di hujung minggu apabila anda berkesempatan membuatnya dengan air tangan sendiri. Rasa yang tidak perlu digambar dengan kata-kata walaupun sedikit rasa masam yang menerjah pada deria rasa anda. Kerabu Mangga,
itulah nama kepada hidangan di sebelah ini yang boleh membuatkan saya meneguk air liur beberapa kali. Mungkin hidangan ini tidak begitu sinonim dengan masyarakat kota namun apabila dicuba dengan keadaan yang sedikit sempurna dengan rasa masam, masin, pedas dan dengan adunan yang dicampululi menjadikan kerabu mangga sentiasa difikiran untuk pilihan menu tengahari. Rasa masam mangga bagi penggemar terutamanya dapat menggetarkan jiwa meraka yang menginginkan sesuatu kelainan yang ditambah dengan rasa ikan, lemak santan, bawang-bawang, selain kacang yang boleh ditambah sebagai penyedap hidangan dapat menimbulkan keghairahan yang lebih tinggi. Sudah lama saya tidak merasai kerabu mangga ini. Paling terbaru semasa pulang berhari raya tempoh hari pada akhir ramadhan. Dibuat dengan air tangan sendiri walaupun masih tidak pakar namun semuanya memuji hidangan itu. Masing-masing mencuba dan kemudiannya menambah masakan saya. Terima kasih kepada bondaku yang sudi melayan kerenah anakmu ini yang tidak pandai membuat kerabu mangga walaupun ianya antara menu yang mudah.:)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan