Saya baru sahaja bertolak dari Klang menuju ke Kelantan. Sudah dua hari berada di teratak milik kakak dan pada malam ni sudah tiba masanya untuk kami bertolak pulang. Kami yang seramai empat orang iaitu kakak, abang ipar dan juga adik disertai dengan anak kecil yang berumur setahun lima bulan mula menuju ke highway dengan menaiki kereta begitu teruja untuk pulang ke kampung halaman. Hati sudah kepingan mahu berjumpa dengan ahli keluarga yang lain. Danial Arman Syah yang masih kecil itu sentiasa mengukir senyuman tatkala diagah dan dibawa bergurau. Perjalanan yang akan mengambil masa selama 9jam ini mungkin akan memenatkan kami namun begitu kepenatan mungkin tidak terlalu diambil peduli kerana suasana balik kampung sangat meriah di jalanan. Saya mula merasa mengantuk. Setakat ini dahulu coretan saya untuk hari ini. Esok kembali lagi. Doakan semoga perjalanan saya dan keluarga ini selamat sampai dan selamat kembali. InsyaAllah. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan